Tips Penjimatan Minyak




Harga petrol yang sentiasa meningkat sejak 10 tahun lalu dan sehingga ke tahun 2008 ini mendorong pengguna kenderaan bermotor terutama kereta akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling rendah. Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol kereta anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan petrol yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Penjimatan Petrol


  • Memandu dengan tenang. Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, janganlah tiba-tiba saja menukar gear daripada gear tinggi (misalnya gear 5) kepada gear rendah dan membrek sesuka hati.
  • Kurangkan berat/bebanan kereta. Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus).
  • Tayar diisi dengan tekanan angin yang betul. Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Jangan biarkan tayar lembik dan kurang tekanan kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan petrol.
  • Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala. Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
  • Kurangkan kelajuan tinggi. Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
  • Matikan saja enjin kereta jika menunggu sesuatu. Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli hatta satu barang kadang-kadang boleh jadi lama.  Ini kerana mungkin ada ramai orang di kedai atau tuan kedai mencari-cari duit tukar untuk memulangkan duit pelanggannya. Jadi, buka tingkap kereta dan tutup saja enjin untuk menjimatkan minyak petrol kereta anda.
  • Bijak dalam penggunaan gear. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
  • Membrek secara beransur-ansur. Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Jangan brek mengejut.
  • Rancang perjalanan. Jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk kita ikut menuju ke destinasi. Ini termasuklah rancangan perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan pilihan jalan yang tidak banyak lampu traffic, banyak bonggol (menyebabkan anda  perlu kerap menukar gear yang akhirnya tidak membantu usaha penjimatan petrol kereta anda)
  • Elakkan kesesakan lalulintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Jalan yang sesak juga menyebabkan anda mendapat kurang kilometer. Untuk penjimatan minyak, cari jalan yang kurang sesak. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih lancar.
  • Panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan. Enjin dalam keadaan panas (panas yang normal) juga boleh membantu meningkatkan perbatuan (lebih kilometer) dan prestasi kereta anda. Terutamanya pada waktu pagi, jika boleh, biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan.
  • Minimumkan perjalanan jarak dekat. Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan petrol, eloklah naik motosikal atau mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai berhampiran.
  • Gunakan saiz tayar dan sport rim yang sesuai. Saiz port rim perlu disesuaikan dengan keupayaan kereta. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 Inci, kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayatnya dan yang paling penting, minyak petrol akan lebih sedikit. Jika saiz rim dan keupayaan tidak seimbang, ini tidak membantu langkah penjimatan petrol anda.

    Barang Yang Perlu Dibawa.
  • Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar 5 peratus.
  • Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

No comments:

Post a Comment